Selongsong Pihak Ketiga Apple AirTag Sudah Boleh Dibeli Di Shopee – Harga Serendah RM2

Selongsong Pihak Ketiga Apple AirTag Sudah Boleh Dibeli Di Shopee – Harga Serendah RM2

Diterbitkan pada Mei 1, 2021 oleh .

AirTag adalah penjejak objek tersendiri Apple, yang mana sudah tertiris sejak 2019 dan akhirnya semasa acara Spring Loaded tempoh hari – ia dilancarkan secara rasmi. Harga jualan Malaysia adalah RM149, yang mana tidak begitu mahal jika dibandingkan dengan pesaing seperti Tile. Ini kerana, AirTag menggunakan teknologi UWB dan pengguna boleh tukar bateri sendiri – berbanding lain jual harga lebih kurang menggunakan teknologi BLE dan bateri tidak boleh tukar.

AirTag

Walaupun begitu, Apple menjadi Apple dengan menjual AirTag tanpa lubang untuk sangkut rantai kunci, pelekat di belakang atau mempunyai pelindung. Sebaliknya menjual sebiji peranti kecil plastik + aluminum yang mudah calar dan mungkin penjejak ini sendiri hilang. Tetapi Apple menjual aksesori rasmi, seperti pelbagai pilihan selongsong, penyangkut dan banyak lagi pada harga serendah RM149. Secara tidak langsung menjadikan AirTag berharga RM298 untuk penggunaan yang lebib efisien.

Syukur, China adalah negara di mana banyak produk tiruan atau klon dihasilkan. Banyak aksesori untuk AirTag daripada jenama pihak ketiga, versi klon dan pelbagai lagi sudah mula dijual di Shopee pada harga serendah sekitar RM3-RM5. Jika berminat untuk dapatkan rekaan lebih kurang, ia dijual pada harga sekitar RM10-RM30 mengikut kualiti dan binaan. Ada juga yang lebih “premium” dengan harga sekitar bawah RM100.

Menjadikan pengguna di Malaysia boleh memiliki AirTag tanpa membelanjakan wang tambahan. Jika AirTag RM149 dan anda pilih selongsong RM5, baru RM154 anda habiskan berbanding RM298.

AirTag turut boleh dijejak oleh peranti Android bagi memudahkan lagi sesuatu objek dicari. Tetapi terhad dengan peranti yang ada NFC sahaja. Apa kata anda? Adakah anda akan membelinya?


Paling Popular