Samsung Galaxy Z Fold3 Akan Dilengkapi Kamera Bawah Skrin Dan S Pen

Diterbitkan pada Mei 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat banyak spekulasi mengenai Samsung Galaxy Z Fold3 dengan ura-ura mengatakan ia akan dilancarkan pada bulan Julai hadapan bersama dengan Z Flip2. Antara ura-ura yang paling hangat diperkatakan ialah penggunaan kamera di bawah skrin. Hujung minggu ini Sammobile menerbitkan beberapa imej promosi yang mengesahkan Z Fold3 akan menjadi peranti skrin boleh-lipat pertama dengan kamera di bawah skrin dan sokongan S Pen.

Dengan kamera bawah skrin isu takuk besar dan lubang skrin yang menghantui dua model pertama tidak akan diulangi. Skrin boleh lipat Z Fold3 akan kelihatan seperti Mi MIX Fold tetapi pada peranti Xiaomi tidak dilengkapi kamera pada skrin lipat.

Terdapat juga sokongan S Pen yang kelihatan lebih besar berbanding yang digunakan pada Galaxy Note20 dan Galaxy S21. Bentuk tubuh juga dapat dilihat lebih berkotak dengan sisi yang kelihatan seperti sebuah iPhone 12 Pro Max.

Akhir sekali rekaan kamera belakang juga dapat dilihat dengan tri-kamera sahaja yang lensanya bersaiz sekata. Ramalan bahawa rekaan bonggol Galaxy S21 akan digunakan nampaknya tidak berlaku. Rekaan engsel masih lagi sama maka ini menimbulkan persoalan bagaimanakah peranti akan mempunyai kemampuan kalis air seperti yang kami laporkan sebelum ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami