(Ura-Ura) Samsung Dilaporkan Dalam Pembangunan Untuk Samsung Galaxy F22

(Ura-Ura) Samsung Dilaporkan Dalam Pembangunan Untuk Samsung Galaxy F22

Diterbitkan pada Mei 5, 2021 oleh .

Bercakap mengenai rangkaian peranti di bawah siri Samsung Galaxy F, kebanyakan daripadanya hanya dipasarkan untuk pasaran India sahaja buat masa ini. Namun begitu, itu tidak menghalang kita untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkembangan terbarunya.

Samsung Logo

Di mana, timbul desas-desus terkini yang mengatakan Samsung bakal hadir dengan sebuah lagi peranti baharu di bawah siri berkenaan. Ura-ura mengatakan ia mungkin dilancarkan sebagai Samsung Galaxy F22. Menurut spekulasi awal, ia mungkin ditawarkan pada harga mampu milik di bawah keluarga Galaxy F. Bukan itu sahaja, ia juga dijangka akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy A22 untuk beberapa pasaran luar.

Oleh itu, sumber turut mendakwa kedua-duanya kelak akan berkongsi spesifikasi yang sama. Namun begitu, tiada sebarang butiran mengenai spesifikasi utama yang ditemui buat masa ini. Pada masa sama, pihak Samsung juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan ini, Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat yang dikongsi ini masih di peringkat ura-ura.

Peranti Terkini Di Bawah Siri Galaxy F, Samsung Galaxy F62

Sekadar selingan, Samsung juga telah hadir dengan beberapa penawaran peranti baharu buat pengguna di Malaysia sekitar bulan ini. Bagi yang berminat, Samsung Galaxy A52 5G kini di Malaysia dan anda boleh membelinya pada harga RM1,899. Bukan itu sahaja, Samsung Galaxy S20 FE versi 4G LTE juga ditawarkan pada RM2299, sementara itu Samsung Galaxy M12 pula berharga serendah RM599 untuk masa terhad.


Paling Popular