Twitter Akan Memperkenalkan Notifikasi Mengenai Kata Kesat Sebelum Pengguna Menghantar Ciapan Yang Akan Dikesali

Diterbitkan pada Mei 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Isu buli ialah kes serius di platform media sosial, dimana rata-ratanya ramai daripada pengguna-pengguna menggunakan kata kesat untuk menyakiti hati seseorang, ataupun untuk mengugut para pengguna media sosial yang lain.

Setahun yang lalu, Twitter telah mula menguji ciri dimana mereka akan mengeluarkan sebuah notifikasi yang akan meminta seorang pengguna untuk membaca semula ciapan mereka jika ia didapati menggunakan kata kesat. Ini, menurut Twitter adalah untuk cuba mengurangkan kes bulian atas-talian yang dilihat semakin menular melalui platform mereka.

Dan Twitter juga berkata bahawa fungsi notifikasi kata kesat ini juga berjaya untuk mengurangkan penggunaan kata-kata tersebut di platform mereka, dimana 34 peratus pengguna akan melihat kembali ciapan yang ditulis mereka, dan kemudiannya tidak menjadi untuk menggunakan kata-kata kesat tersebut.

Sayangnya, fungsi notifikasi ciapan dengan kata kesat ini hanya akan berfungsi dengan Bahasa Inggeris buat masa ini, dan pengenalannya secara besar-besaran tidak lama lagi juga adalah untuk memperbaiki pengesanan konteks oleh pihak Twitter kerana penggunaan kata-kata kesat juga kadang-kala bukanlah untuk tujuan membuli pengguna-pengguna lain.

Twitter dilihat memperkenalkan banyak fungsi baru kebelakangan ini, seperti fungsi muat-naik gambar berkualiti tinggi dan juga gambar bersaiz penuh pada aplikasi Twitter di platform mudah-alih.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami