Carian
China Ialah Negara Dengan Jumlah Paten Tertinggi Teknologi 6G
May 7, 2021 Effi Saharudin

Kita akan hanya mula menikmati teknologi 5G pada penghujung tahun ini sekiranya tiada aral yang melintang. Lewat setahun dari perancangan asal dan dua tahun di belakang negara maju seperti Korea Selatan dan China. Dalam kita masa sedang cuba melancarkan rangkaian 5G komersial, negara lain seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat telahpun memulakan pembangunan rangkaian 6G mereka.

Badan Harta Intelek Kebangsaan China telah mengumumkan China kini adalah negara yang memegang paling banyak paten untuk teknologo 6G. Dari 38,000 paten 6G yang telah difailkan setakat ini 13,449 paten (bersamaan 35%) adalah dipegang oleh firma dari China. Negara kedua dengan jumlah paten tertinggi ialah Amerika Syarikat dengan 18% dari paten yang difailkan.

Memiliki paten adalah penting kerana seperti yang dapat dilihat pada generasi 4G, banyak syarikat yang disaman kerana didapati menggunakan paten tanpa kebenaran. Samsung misalnya dilaporkan berminat untuk membeli paten yang dipegang oleh LG selepas perniagaan telefon pintar pesaing mereka ditutup tahun ini.

Komen