Bukanlah rahsia bahawa Samsung akan sedang membangunkan peranti skrin tri-lipat, tablet boleh-lipat dan peranti skrin boleh-gulung. Kesemuanya telah didedahkan menerusi paten-paten dan tanda dagang yang difailkan sejak beberapa tahun yang lalu. Pagi ini imej protaip ketiga-tiga peranti akhirnya terdedah menerusi ciapan @UniverseIce.

Dalam ciapan beliau, dapat dilihat peranti skrin tri-lipat yang menggabungkan rekaan engsel Z Fold2. panel sisi yang lutsinar dan bonggol kamera mirip Note10. Kemudian sebuah tablet dengan skrin 17″ yang boleh dilipat juga diperlihatkan dengan panel kiri menggunakan Mirosoft Excel sementara panel kanan pula menggunakan Microsoft Words.

Peranti skrin boleh-gulung pula ditunjukkan menjalankan aplikasi Instagram dengan kawasan yang bergulung memaparkan pintasan pantas Edge Panel. Kawasa skrin yang digulung adalah pada sisi kanan dengan butang kuasa serta audio diletakan pada sisi kiri. Ini mirip dengan rekaan Oppo X 2021.

Turut dikongsi dalam ciapan @UniverseIce ialah imej komputer riba dengan kamera bawah skrin UPC yang telah diumumkan sebelum ini. Kesemua produk-produk ini akan diperlihatkan secara rasmi oleh Samsung ketika acara SID Display Week 2021 minggu ini.
