Cari @ Amanz

Fast Pair adalah jalan penyelesaian Google untuk menambat pelbagai aksesori kepada peranti Android dengan lebih mudah dan pantas berbanding Bluetooth atau NFC. Terdapat lebih 100 peranti, termasuk Fitbit menyokong tambatan pantas ini.

Melalui kemaskini akan datang, Fast Pair akan menyokong lebih banyak peranti termasuk dengan jam tangan pintar Wear OS. Selain itu, kereta, pembesar suara dan pelbagai lagi peranti turut akan menyokong tambatan pantas ini. Menjadikan penggunaan seperti kunci kereta digital, kawalan Android TV jauh lebih pantas.

Dengan sokongan pada produk Sony, Microsoft, JBL, Philips, Google dan banyak lagi, Google menyatakan sudah 36 juta kali pengguna menggunakan kaedah tambatan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd