Cari @ Amanz

Terdapat banyak peranti berhubung (IoT) di pasaran tetapi adalah anda mempunyai keyakinan ia serasi digunakan dengan ekosistem yang anda gunakan di rumah? Untuk memudahkan proses ini Matter ditubuhkan dua tahun lalu sebagai standard seragam yang digunakan oleh Connectivity Standards Alliance, Amazon, Apple, Comcast, Google, dan SmartThings.

Hari ini Google melancarkan portal khas yang menyenaraikan peranti-peranti berhubung yang serasi dengan standard Matter (dahulunya dikenali sebagai CHIP). Produk disenaraikan di bawah kategori lampu dan plag, kuasa dan kawalan suhu, hiburan, sekuriti dan peralatan elektronik.

Dengan senarai lengkap ini, pengguna akan dapat melakukan pilihan yang lebih bijak sebelum melakukan pembelian. Bagi pengguna ekosistem Google Home, kesemua peranti yang disenaraikan sah menyokong peranti Android dan Nest menerusi arahan suara Hey Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd