Cari @ Amanz

Di penghujung acara pelancaran hari ini, Realme Pocket Bluetooth Speaker turut diperkenalkan seiring dengan Realme Watch 2 Pro, Realme Buds Wireless 2 dan Realme Buds Wireless 2 Neo. Ia merupakan sebuah lagi pembesar suara bluetooth mudah alih daripada Realme dan ditawarkan pada harga RM79. Namun begitu, ketersediaannya secara khusus masih belum diumumkan lagi buat masa ini.

Realme Cobble Bluetooth Speaker didatangkan dengan saiz yang kompak yang boleh dimuatkan dalam poket sahaja. Melaluinya, ia juga hadir dalam dua pilihan warna seperti Classic Black dan Desert Grey. Dengan bateri sebesar 600mah, ia juga mampu memainkan muzik sehingga enam jam secara berterusan. Spesifikasi lain termasuklah – ia juga dibekalkan pembesar suara dan menyokong sistem audio stereo, pelindungan IPX5, mod permainan latensi rendah dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd