Samsung Tiada Perancangan Menghentikan Penggunaan Tizen Pada Televisyen Pintar

Diterbitkan pada Mei 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berita paling mengejutkan minggu ini mungkin adalah Samsung dan Google bersetujumenggabungkan Tizen dan Wear OS menjadi sistem operasi pilihan untuk jam tangan mereka. Dengan kerjasama ini, mereka ingin menghasilkan jam tangan pintar dengan bateri lebih tahan lama dan mempunyai sokongan pembangun yang kukuh.

Ini membawakan persoalan apakah yang akan terjadi pula kepada Tizen pada televisyen pintar keluaran Samsung? Adakah selepas ini ada peluang Android TV digunakan pula pada televisyen pintar Samsung? Menurut laporan Protocol pada waktu ini Samsung masih tiada perancangan untuk menggantikan Tizen sebagai sistem operasi televisyen pintar mereka.

Ini adalah pilihan yang munasabah kerana pada waktu ini Samsung mendominasi pasaran televisyen pintar dunia dengan Tizen ialah sistem operasi dengan pegangan 11% pasaran. Android TV di tangga ke enam dengan hanya sekitar 4% menurut angka yang diberikan Strategy Analytics.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami