Cari @ Amanz

Sebelum ini, OnePlus telah bekerjasama dengan syarikat pembangun permainan komputer CD Projekt Red untuk memperkenalkan peranti pintar OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077, malah telah memperlihatkan rekaan antaramuka OnePlus Watch bertemakan permainan tersebut.

Terkini, OnePlus telah memperlihatkan rekaan jam tangan OnePlus Watch edisi terhad Cyberpunk 2077 pula. yang mana ia adalah sebuah jam tangan pintar OnePlus Watch yang juga hadir dengan kotak bungkusan dan juga sejumlah rekaan yang memperlihatkan motif daripada permainan komputer tersebut.

Aksesori tambahan yang dilihat hadir melalui edisi terhad jam tangan ini termasuklah tali jam tangan dengan corak rekaan Cyberpunk 2077, bersama-sama dengan replika tangan Johnny Silverhand yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai pemegang jam tangan tersebut, tetapi juga sebagai pengecas nirwayar untuk jam tangan OnePlus Watch tersebut.

Menurut laporan GizChina, jam tangan edisi terhad ini hanya boleh ditempah di pasaran China, malah pra-tempahan telahpun dibuka untuk pasaran tersebut, dan ia akan mula dijual pada 1 Jun kelak. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi jika jam tangan pintar edisi terhad ini akan dijual di pasaran-pasaran lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd