Cari @ Amanz

Rasanya baru sahaja kami berkongsi berita mengenai Poco M3 Pro 5G yang telah disahkan bakal memasuki pasaran Malaysia. Terkini, pihak Poco dilihat telah berkongsi lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Memetik hantaran Facebook terkini Poco Malaysia sebentar tadi, peranti pintar berkenaan bakal dilancarkan secara rasmi pada 1 Jun 2021. Acara pelancarannya bakal diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Poco bermula jam 8 malam. Seperti biasa kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya termasuk penawaran harga rasmi peranti kelak.

Secara kasar, Poco M3 Pro 5G mempunyai banyak persamaan dengan dengan Redmi Note 10 5G yang diumumkan tempoh hari. Melaluinya, ia dilengkapi skrin berukuran 6.5-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.

Poco M3 Pro 5G

Selain itu, ia turut menggunakan cip MediaTek Dimensity 700, memori sehingga 6GB RAM, storan dalaman sehingga 128 GB UFS 2.2 dan bateri 5,000mAh. Melengkapinya juga adalah sistem tri-kamera 48-megapixel dan pengimbas cap jari di sisi peranti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd