Microsoft Mengumumkan Windows Generasi Baharu Sedang Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Satya Nadella, CEO Microsoft hari ini mengumumkan yang mana Microsoft sedang dalam proses pembangunan untuk sistem operasi Windows generasi baharu.

Beliau turut mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan dengan kemaskini generasi baharu untuk Windows tidak lama lagi.

Perkongsian ini dilakukan ketika acara pelancaran Build yang memfokuskan kepada pembangun. Sistem operasi generasi baharu ini dikatakan akan menawarkan pelbagai peluang baharu kepada para pencipta dan juga pembangun.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Microsoft dikatakan sedang membangunkan penawaran kedai aplikasi yang lebih terbuka termasuk integrasi pembayaran mengikut pilihan pembangun, disamping dijangka mengintegrasikan sebahagian ciri Windows 10X yang dirancang pada generasi baharu Windows. Sistem operasi generasi baharu ini juga dijangka turut menyertakan antaramuka baharu bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan apakah yang sedang dibangunkan oleh Microsoft, dan bilakah generasi baharu Windows ini akan diperkenalkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami