EHang Melancarkan Teksi Terbang Terbaru Dengan Jarak Perjalanan Lebih Jauh

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

EHang ialah satu-satunya syarikat yang menghasilkan kereta terbang yang telah melakukan penerbangan di Malaysia menerusi syarikat tempatan EastCap Berhad tahun lalu. Projek penuh kontroversi ini menerima kecaman orang ramai kerana Super Dron sekadar dron import yang dijenamakan semula bukan rekaan tempatan seperti yang dijanjikan.

Masa depan teksi terbang di Malaysia kelihatan amat kabur tetapi di China, merealisasikan impian kereta terbang bergerak maju. Minggu ini EHang VT-30 dilancarkan dengan kemampuan terbang lebih jauh dan pantas berbanding model yang dilancarkan sebelum ini.

Kali ini EHang menggunakan rekaan hibrid dengan sayap konvensional. Apabila mencapai ketinggian yang diingini, VT-30 akan terbang secara mendatar menggunakan hanya satu kipas penolak. Penjimatan bateri dilakukan kerana hanya satu dari sembilan motor elektrik diperlukan.

Untuk penerbangan dan pendaratan menegak lapan motor elektrik disusun menegak bagi menggerakkan lapan pasang kipas. Kerana konfigurasi ini, VT-30 juga boleh melakukan pendaratan seperti kapal terbang konvensional.

Menurut EHang, VT-30 boleh terbang sehingga 300 kilometer atau sehingga 100 minit. Peningkatan dari sekitar 23 minit pada EHang 184. Seperti EHang 184, EHang VT-30 mampu membawa dua orang penumpang sahaja dan terbang secara swapandu tanpa memerlukan juruterbang manusia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami