Aplikasi Papan Kekunci Gboard Mula Dikemaskini Dengan Antaramuka Material You

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Material You adalah tema baharu untuk Android 12, sebagai pengganti kepada Material Design. Ia diperkenalkan pada acara Google I/O tempoh hari dan ciri pintar pada tema ini akan menjadi eksklusif kepada Pixel. Walaupun begitu, elemen tema seperti rekaan yang lebih bujur, teks dan ikon yang lebih besar dan kelihatan lebih mesra ini masih tersedia dalam kod AOSP.

Sudah semestinya, Google turut akan bawakan rekaan ini kepada aplikasi-aplikasi mereka. Ia juga terhad kepada Android 12, tetapi Google telah mula mengedarkan antaramuka Material You kepada beberapa aplikasi mereka. Antara yang terawal adalah aplikasi papan kekunci Gboard. Kemaskini ini adalah pada aplikasi, jadi peranti Android 11 ke bawah juga boleh cuba.

Saya cuba pada Galaxy Z Fold2 dan antaramuka ini kelihatan pada mana-mana tema saya gunakan, termasuk menghidupkan sempadan papan kekunci. Dari segi prestasi, ia kelihatan sama sahaja. Pengalaman penggunaan pula tidak menjadi masalah, kerana perubahan ketara hanya pada visual.

Pengguna lain jika mencuba versi beta ini, anda juga akan menerima sokongan tangkapan layar disalin dalam papan klip.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami