Cari @ Amanz

Apple telah disaman kelompok oleh AliveCor hari ini kerana didakwa menghalang semua bentuk persaingan peranti mengesan ECG dari pihak ketiga dari digunakan pada Apple Watch. AliveCor ialah syarikat yang telah memfailkan aduan kepada FTC pada April lalu yang ingin mengharamkan penjualan Apple Watch dengan ECG kerana didakwa melanggar paten harta intelek mereka.

Dalam saman yang difailkan di mahkamah California turut mendakwa tindakan antui persaingan Apple menyebabkan aplikasi SmartRhythm yang diperlukan bagi menggunakan tali jam KardiaBand tidak lagi boleh digunakan sehingga perlu ditarik. Pada awalnya aplikasi ditolak kerana tidak memenuhi garis panduan App Store.

Selepas itu AliveCor berkata algoritma mengesan nadi diubah oleh Apple sehingga mengakibatkan pembangun pihak ketiga tidak lagi dapat mengesan nadi dengan baik. Sekaligus membolehkan hanya Apple menawarkan ciri ECG pada Apple Watch.

Ciri ECG Apple Watch antara penyebab mengapa jualan jam tangan ini meningkat sejak Series 4 kerana berjaya mengesan serangan jantung sebelum ia berlaku. Ia akhirnya diaktifkan kepada pengguna di Malaysia minggu alu menerusi kemas kini watchOS 7.5.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd