iPad Dilaporkan Akan Akhirnya Menggunakan Skrin OLED Bermula 2022

Diterbitkan pada Jun 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple masih lagi setia dengan teknologi LCD pada kesemua tablet iPad keluaran mereka. iPad Pro baharu dengan skrin mini-LED yang baru dilancarkan baru-baru sebenarnya hanyalah teknologi LCD baharu yang ditambah baik dan telahpun dilaporkan bersamalah oleh sebilangan pemilik awal. Kini muncul laporan dari ETNews yang mengatakan Apple akan akhirnya menggunakan skrin OLED pada tablet mereka bermula 2022.

iPad akan menurut langkah iPhone 12 yang tahun lalu tidak lagi ditawarkan dengan panel dari keluarga LCD. Dengan perpindahan ke teknologi OLED, Apple akhirnya mengikuti jejak Samsung yang telah menawarkan pada tablet keluaran mereka.

Sekiranya laporan ini benar, Apple akan terus memintas Samsung sebagai pembeli panel OLED terbesar di dunia. Tahun ini Apple akan memintas Samsung dengan pesanan hampir 200 juta panel OLED. Sunggguhpun begitu Samsung masih mengaut keuntungan kerana 110 juta panel yang dibeli Apple tahun ini dikeluarkan oleh Samsung Display.

Sumber ETNews

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami