Cari @ Amanz

Seiring pengenalan Realme Smart TV 4K, jenama ini turut hadir dengan penawaran peranti pintar baharu untuk pengguna di India. Melaluinya, Realme X7 Max 5G telah diperkenalkan dengan janaan cip MediaTek Dimensity 1200 – sekaligus menjadi peranti pertama di India yang hadir dengan cip berkenaan. Walaubagaimanapun jika dilihat dengan teliti, ia sebenarnya hanyalah sebuah Realme GT Neo yang dijenamakan semula untuk pasaran India.

Untuk spesifikasi khusus, ealme X7 Max 5G mempunyai skrin bersaiz 6.43-inci Super AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Selain daripada cip MediaTek Dimensity 1200, ia juga dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 50W.

Bersama-sama dengannya, ia turut menampilkan sistem tri-kamera dengan sensor 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (Makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan rangkaian 5G terbina, NFC, port sambungan USB-C, realme UI 2.0, Android 11 dan lain-lain. Di India, Realme X7 Max 5G dijual pada harga bermula INR 26,999 (~RM1,531).

Sumber : Realme India

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd