Carian
Tesla Model S dan Model X Akan Dilengkapi Komputer Tahap Gaming AMD
June 2, 2021 Effi Saharudin

Sebelum ini Elon Musk pernah menjanjikan kereta keluaran Tesla akan dilengkapi komputer tahap gaming untuk pemilik memainkan permainan seperti Witcher 3 dan Cyberpunk 2077. Semalam di Computex, AMD mengesahkan komputer tersebut akan menggunakan cip keluaran mereka.

Tesla Model S dan Model X akan dilengkapi sistem infohibur yang menggunakan CPU AMD Ryzen dan kad grafik RDNA 2. Sistem infohibur akan hanya menggunakan APU AMD Ryzen untuk sistem info hibur dan GPU RDNA 2 dengan kuasa 10 Teraflop akan hanya diaktifkan apabila menjalan permainan komputer dengan keperluan grafik yang tinggi.

Dari segi kuasa, ini meletakkan komputer yang dipercayai menggunakan sistem operasi Linux setara dengan kemampuan grafik PlayStation 5 yang juga menggunakan GPU RDNA 2. Dengan adanya komputer berkuasa ini, pemilik Tesla boleh menikmati permainan yang lebih berkualiti tinggi terhad kepada penawaran klasik Atari dan Beach Buggy Racing 2 sahaja.

Komen