Google Assistant Pada Fitbit Sense Dan Fitbit Versa 3 Kini Boleh Memberi Maklum Balas Audio

Diterbitkan pada Jun 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fitbit adalah syarikat yang kini dimiliki Google. Semasa Google I/O 2021 selain daripada mengumumkan Wear OS dan Tizen akan menjadi satu sistem operasi, perkara menarik dalam Fitbit turut akan terus terbina dalam Wear OS dan jam premium Fitbit kelak akan menjalankan sistem operasi ini. Fitbit juga kelak boleh menjejak dengkuran tidur pengguna.

Walaupun begitu, Google tidak melupakan jam lama Fitbit. Ini kerana, banyak yang sudah menyokong tambatan pantas – Fast Pair. Google Assistant juga mula sedia terbina pada beberapa jam. Terkini, dalam kemaskini sistem operasi baharu FitbitOS untuk Fitbit Sense dan Versa 3 – Google Assistant mula menyokong maklum balas dalam bentuk audio.

Ini bermakna, jika pengguna bertanyakan soalan seperti cuaca hari ini, jadual, dan lain-lain – anda boleh mendengar Google menjawab permintaan anda.

Selain itu, kemaskini ini juga membawakan sokongan lebih pantas untuk pengguna mengakses data SpO2, sistem mula memaklumkan pengguna mengenai kadar degupan jantung sama ada semakin tinggi atau terlampau rendah, ciri menukar muka jam terus pada skrin utama dan juga menyambut kejayaan anda mencapai sasaran senaman atau sukan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami