Carian
Aplikasi Disney+ Hotstar Untuk Televisyen Samsung Akan Ditawarkan Dalam Masa Terdekat
June 2, 2021 Effi Saharudin

Kekecewaan kami mengena pelancaran Disney+ Hotstar di Malaysia ialah tiadanya sokongan pada konsol dan sesetengah model televisyen pintar. Paling canggung ialah tiadanya aplikasi pada televisyen Samsung sedangkan sistem operasi Tizen mempunyai pengguna yang lebih besar berbanding Android TV.

Hari ini menerusi ciapan akaun rasmi Samsung Malaysia, mereka mengesahkan sedang dalam perbincangan dengan Disney+ Hotstar untuk menawarkan aplikasi ini pada televisyen pintar keluaran mereka. Tiada tarikh muktamad diberikan tetapi ia akan hadir dalam masa terdekat.

Ini adalah berita baik kerana aplikasi Disney+ Hotstar memang ditawarkan di pasaran Indonesia dan India. Pengguna di Malaysia perlu mengubah tetapan negara untuk memuat turun tetapi tidak boleh melepasi skrin pengesahan nombor telefon. Oleh sebab itu proses menawarkan aplikasi kepada pengguna Samsung di Malaysia sepatutnya tidak mengambil masa yang lama.

Terima kasih @memeranglaut

Komen