Cari @ Amanz

Clubhouse adalah aplikasi media sosial baharu, di mana memfokuskan kepada perbualan audio. Aplikasi ini mula mencipta nama selepas orang ternama seperti Bill Gates, Elon Musk dan ramai lagi mula menggunakannya. Sedar akan populariti ciri perbualan audio, Telegram, Twitter, Facebook atau ByteDance mula memperkenalkan versi alternatif.

Setakat ini, Twitter Spaces dilihat menarik perhatian ramai kerana boleh digunakan pada kedua-dua platform iOS dan Android terlebih dahulu. Kemudian Twitter Spaces tidak memerlukan jemputan, hampir semua orang boleh menggunakannya kerana syarat penggunaan tidak terhad seperti Clubhouse. Terkini, satu sesi Twitter Spaces telah menerima seramai lebih 43,000 pendegar aktif.

Ini adalah antara sesi perbualan audio dengan jumlah pendengar paling ramai setakat ini. Perkara ini mula disedari oleh salah seorang eksekutif Twitter, Lara Cohen apabila sesi Twitter Spaces ini mula mencapai 35,000 pendengar. Jane Manchun Wong kemudian menciap semula Twitter beliau dengan kemaskini jumlah terkini.

Ini adalah antara kekurangan yang ada pada Clubhouse, yang terhad dengan 8000 pendengar sahaja pada satu masa yang sama. Sehinggakan pernah kami saksikan, pengguna Clubhouse terpaksa membuka sesi lain dengan kaedah yang melecehkan. Satu sesi di Twitter, tiada had pendengar yang boleh turut serta. Jumlah pendengar Twitter Spaces yang melangkaui lebih 43k ini adalah peminat K-Pop yang mendengar BamBam melancarkan album baharu beliau riBBon.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd