Cari @ Amanz

Bulan lepas, Realme telah melancarkan sub-jenama baharu di bawah ekosistem peranti berhubung mereka Realme TechLifeDizo. Semasa pengumuman jenama ini, tiada produk yang didedahkan selain menyatakan fokus terhadap AIoT. Tetapi kami telah menemui beberapa produk seperti Dizo Watch, Dizo GoPods dan juga tertiris sebelum ini dua telefon bimbit.

Di Vietnam, beberapa produk Dizo sudah pun disenaraikan di Shopee. Terkini di Malaysia, Dizo Malaysia Official Store mula disenaraikan di Shopee. Di dalam Shopee Mall ini, tiga produk Dizo telah disenaraikan iaitu Dizo Watch, Dizo GoPods dan Dizo GoPods D. Ketiga-tiga produk ini dilihat hanyalah penjenamaan semula kepada Realme Watch 2, Realme Buds Air 2 dan Realme Buds Q2.

Harga jualan dilihat adalah RM199 untuk Dizo Watch, RM189 untuk Dizo GoPods dan RM89 untuk Dizo GoPods D.

Harga jualan produk Dizo di Malaysia dilihat lebih murah dengan Realme. Realme Watch dijual pada harga RM229, Buds Air 2 pula adalah RM169 dan Buds Q2 RM129. Jika anda adalah peminat produk Realme dan inginkan harga jualan yang lebih murah, anda kini boleh dapatkannya. Setiap produk ini juga boleh ditambat melalui aplikasi Realme Link.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd