Cari @ Amanz

macOS Monterey adalah sistem operasi terbaru daripada Apple untuk produk-produk Mac mereka. Sistem operasi ini akan menawarkan pelbagai ciri-ciri yang hadir bersama iPhone dan iPad, disamping turut menawarkan ciri baharu yang dinamakan Universal Control.

macOS baharu ini turut menyokong ciri memadam data seakan iPhone dan iPad, di mana hanya data pengguna dipadam dan sistem operasi tidak perlu dipasang semula. Ciri menarik lain adalah seperti mod potret pada FaceTime, Live Text yang seakan Google Lens, aplikasi peta serba baharu yang mirip Google Maps, data diproses terus daripada peranti atau juga fungsi teks-ke-audio yang lebih semula jadi.

Tidak semua produk Mac menyokong macOS Monterey. iMac 2014, MacBook Pro 2013 serta MacBook Air 2013 – yang kini disokong oleh Big Sur tidak boleh memasang sistem operasi baharu ini. Bukan itu sahaja, beberapa ciri baharu macOS ini juga terhad kepada Mac dengan cip M1 sahaja dan Mac yang dijana cip Intel tidak boleh menggunakan ciri-ciri ini.

Terdapat tujuh yang tersenarai, iaitu;

  • FaceTime dengan mod potret
  • Live Text
  • Paparan glob Apple Maps
  • Paparan peta yang lebih jelas dengan butiran terperinci
  • Teks-ke-audio neural
  • Rencana (dictation) dari peranti secara luar talian
  • Rencana dari peranti tanpa had masa

Jika anda ingin mencuba semua ciri baharu ini, anda perlulah naik taraf dan beli MacBook, iMac atau Mac Mini baharu. Jika anda rasakan kesemua ciri ini tidak begitu penting, kekal gunakan Mac anda yang dijana Intel dan jimat duit untuk tidak membeli produk baharu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd