Vivo Y73 Dilancarkan – Cip MediaTek Helio G95 Dan Kamera Utama 64MP

Diterbitkan pada Jun 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah banyak maklumat tertiris mengenainya tersebar di arena web, Vivo Y73 kini diperkenalkan secara rasmi di India sebentar tadi. Secara kasarnya, ia menampilkan spesifikasi dan rekaan fizikal yang mirip seperti Vivo V21e. Perbezaannya hanya terletak pada penggunaan cip pemproes – di mana, Vivo Y73 dilengkapi cip Mediatek Helio G95.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y73 dibekalkan skrin sebesar 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 × 1080 piksel). Ia juga dipadankan dengan sokongan memori 8GB + 3GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Melengkapinya juga adalah tetapan tri-kamera dengan sensor 64-Megapixel (utama) (OIS) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – port sambungan USB-C, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, FunTouchOS 11.1 dan lain-lain. Di India, Vivo Y73 dijual pada INR 20,990 (~RM1,188).

Sumber : Vivo India

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami