Razer Opus X Kini Rasmi – Set Fon Kepala Dengan ANC Pada Harga RM549

Diterbitkan pada Jun 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer Opus adalah set fon kepala nirwayar dengan pembatalan hingar aktif daripada Razer. Aksesori audio ini menggunakan rekaan yang lebih minimal, berbanding produk audio Razer yang lain dan lebih mirip kepada set fo kepala seperti Sony XM3/XM4. Harga jualan untuk jenama Razer dan ANC RM1095, sebenarnya tidak mahal jika dibandingkan dengan Sony.

Jika anda rasa masih mahal, anda mungkin akan berminat dengan Razer Opus X. Iterasi Opus yang lebih mampu milik dan turut mengekalkan sokongan pembatalan hingar aktif. Ia juga menggunakan Bluetooth 5.0, menawarkan masa pendam 60ms melalui mod permainan, dan turut mempunyai mod Quick Attention Mod untuk mendenfar keadaan di sekeliling.

Razer menggunakan pemandu audio 40mm buatan khas, yang mana boleh memberikan pengalaman audio berkualiti tinggi. Selain itu, ketahanan bateri juga dijanjikan bertahan selama 30 jam dengan ANC dan 40 jam tanpa ANC. Pengecasan adalah USB-C dan turut mempunyai port bicu audio 3.5mm untuk menggunakan kaedah berwayar. Butang fizikal juga disertakan untuk kawalan lebih mudah seakan Opus asal.

Harga jualan Razer Opus X di Malaysia adalah RM549 sahaja, iaitu hampir 50% lebih murah daripada model asal. Ini adalah satu lagi aksesori audio dalam siri X mereka yang menawarkan iterasi lebih mampu milik daripada versi utama. Sebelum ini, mereka telah melancarkan Razer Hammerhead True Wireless X iaitu versi murah kepada versi Pro mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami