(Ura-Ura) OnePlus Nord 2 Adalah Realme X9 Pro Yang Dijenamakan Semula Dengan Cip MediaTek Dimensity 1200

Diterbitkan pada Jun 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus nampaknya semakin hari semakin fokus kepada penawaran peranti kelas pertengahan. Baru-baru ini mereka telah melancarkan Nord CE 5G, iaitu Core Edition kepada Nord biasa dengan rekaan lebih kurang sama, dalaman yang sedikit kurang berkuasa, tetapi menyokong 5G. Dua lagi peranti kelas pertengahan OnePlus yang masih dinanti-nantikan adalah OnePlus Nord N200 5G dan juga OnePlus Nord 2.

Terkini, terdapat ura-ura mendakwa yang OnePlus akan mula mengikut strategi seakan Xiaomi dan Realme. Di mana model peranti lain di China dijenamakan semula untuk pasaran global. Menurut sumber, OnePlus Nord 2 adalah Realme X9 Pro yang dijenamakan semula sahaja. OnePlus Nord 2 pada awalnya didakwa akan hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED FHD+, 90Hz, dijana MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Kamera adalah tri-kamera 50+8+2 Megapixel dengan kamera swafoto 32 Megapixel. Bateri pula adalah 4500mAh dengan pengecasan 65W.

Ini berbeza dengan dakwaan OnePlus Nord 2 adalah penjenamaan semula Realmwe X9 Pro. Tetapi di laman TENAA, terdapat dua model Realme X9 Pro disenaraikan. Satu denga Snapdragon 870, skrin AMOLED melengkung dan menyokong 90Hz. Manakala satu lagi skrin rata dan dijana MediaTek Dimensity 1200. Tetapi pada Realme, kamera swafoto adalah 16 Megapixel sahaja. Kemudian hanya variasi Snapdragon 870 yang akan dijual di China terlebih dahulu, kerana versi MediaTek khusus untuk penjenamaan semula kepada OnePlus Nord 2.

OnePlus juga dilihat akan mengekalkan butang kawalan notifikasi ikonik mereka pada model ini. Tidak seperti pada Nord CE 5G yang sudah dibuang. Peranti ini dikatakan akan dijual pada harga sekitar 2500 Yuan atau 3000 Yuan, iaitu sekitar RM1,608-RM,1929. Jika OnePlus mengikut harga OnePlus Nord asal, di Malaysia ia mungkin akan dijual pada harga bermula bawah RM2000. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami