Spesifikasi Realme X9 Pro Tertiris – Mirip Oppo Reno6 Pro+

Diterbitkan pada Jun 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang diketahui umum, siri Oppo Reno6 telah diperkenalkan dengan tiga model yang berbeza – ini termasuklah Oppo Reno6, Oppo Reno6 Pro dan Oppo Reno6 Pro+. Melaluinya, Oppo Reno6 dan Oppo Reno 6 Pro menggunakan cip daripada MediaTek. Sementara itu, Oppo Reno 6 Pro+ pula dijana dengan cip Snapdragon 870.

Dalam perkembangan terkini, spesifikasi untuk Realme X9 Pro telah tertiris dan ia kelihatannya begitu mirip dengan Oppo Reno6 Pro+. Melaluinya, Realme X9 Pro akan dilengkapi skrin 6.55-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Paparannya juga dipercayai mempunyai nisbah aspek sebanyak 20:9.

Seterusnya, ia juga akan dipadankan dengan cip Snapdragon 870, memori berasaskan LPDDR4x, storan berasaskan UFS 3.1 dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 65W SuperVOOC 2.0. Turut melengkapinya, tetapan kuad-kamera dengan sensor utama 50-Megapixel (Sony IMX766) dan kamera swafoto 32-Megapixel (IMX616).

Menurut beberapa sumber, Realme X9 Pro dijangka hadir dalam dua varian berbeza – iaitu janaan cip Snapdragon 870 dan MediaTek Dimensity 1200. Difahamkan, Realme X9 Pro dengan cip Snapdragon 870 akan dijual di China terlebihu dahulu. Sementara itu, Realme X9 Pro dengan cip MediaTek Dimensity 1200 pula akan dijenamakan semula sebagai OnePlus Nord 2 kelak.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami