Razer Turut Memperkenalkan Pengecas GaN 130W – Boleh Mengecas Sehingga Empat Peranti Serentak

Diterbitkan pada Jun 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada komputer riba Razer Blade 14 dan juga paparan skrin Razer Raptor 27, mereka turut memperkenalkan aksesori pengecas menggunakan bahan Galium Nitrate yang semakin popular kebelakangan ini. Kelebihan pengecas GaN ini ialah ia bukan sahaja hadir dengan saiz padat, tetapi ia mampu mengecas pelbagai peranti sekaligus dan hadir dengan nilai kuasa yang agak tinggi.

Pengecas ini, yang dinamakan Razer USB-C GaN Charger hadir dengan kuasa pengecasan 130W, dan dilengkapi dengan dua palam USB Type-C dan dua palam USB Type-A yang boleh digunakan untuk mengecas empat peranti seperti komputer riba, peranti pintar dan tablet sekaligus.

Bukan itu sahaja, dengan penggunaan GaN, pengecas ini juga cukup pintar untuk mengehadkan jumlah pengecasan untuk setiap peranti supaya ia tidak menjadi terlalu panas apabila digunakan untuk mengecas beberapa peranti sekali. Rekaan padatnya juga membolehkan anda membawanya kemana-mana sahaja tanpa perlu risau mengenai kehilangan banyak aksesori pengecasan dan juga mengurangkan berat beg anda sekiranya anda perlu kemana-mana.

Menurut Razer, pengecas Razer USB-C GaN Charger ini sudahpun tiba di pasaran-pasaran terpilih dan boleh dibeli pada harga $179.99 (~RM740). Razer mengatakan bahawa tanda harga untuk pasaran tempatan akan diumumkan kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami