Samsung Akan Menyokong Protokol Penghantaran Fail Yang Dibangunkan Oppo, Vivo dan Xiaomi

Diterbitkan pada Jun 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun 2019, Oppo, Vivo dan Xiaomi bersetuju menyeragamkan protokol penghantaran fail mereka di China. Ia dilihat sebagai sistem pantas seakan Apple AirDrop yang menyokong lebih banyak peranti rentas jenama. Di bawah kerjasama ini, Mutual Transmission Alliance (MTA) telah ditubuhkan. Kini Samsung bersetuju untuk menyertai MTA bagi membolehkan peranti mereka memindahkan fail dengan peranti lain secara lebih pantas.

Selain Samsung, ASUS, Black Shark, Hisense, MEIZU, OnePlus, Realme, dan ZTE juga telah menyokong protokol ini pada peranti keluaran mereka. Samsung walau bagaimanapun tidak memberikan tarikh bilakah protokol ini akan disokong pada peranti mereka.

Sebelum ini Samsung membangunkan sistem Quick Share sendiri sebelum menyokong juga protokol Nearby Share yang digunakan Android. Quick Share tidak akan dihentikan kerana ia kelak akan disokong pula pada sistem operasi Windows 10.

Sumber Sammobile

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami