Tencent Memperlihatkan Robot Beroda Yang Boleh Melakukan Balik Kuang

Diterbitkan pada Jun 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tencent ialah syarikat yang lebih dikenali kerana melancarkan permainan video. Tetapi selain itu mereka juga melakukan pelaburan dalam kenderaan swapandu dan robotik. Menerusi Tencent Robotics X, mereka kini mempunyai sebuah robot beroda yang bukan sahaja boleh melompat tetapi melakukan aksi balik kuang seperti Wong Fei Hung.

Robot Ollie mempunyai dua roda dan sentiasa mengimbang seperti sebuah Segway. Sebuah bandul pada bahagian bawah membantu Ollie berdiri apabila tidak bergerak. Ia boleh melakukan lompatan dan juga balik kuang seperti robot keluaran Boston Dynamics. Dalam video demo yang diterbitkan, Ollie boleh dilengkapi aksesori tangan yang kemudiannya membolehkannya menjadi robot pelayan yang menghantar makanan.

Dengan wujudnya Ollie, ia akan memberikan persaingan kepada Boston Dynamics yang telah mula menawarkan robot mereka untuk digunakan di dalam kilang serta gudang. Penggunaan robot untuk penghantaran makanan juga dilihat mampu mengurangkan beban pekerja manusia seperti yang telah dilakukan oleh Grab dan juga Foodpanda.

Sumber IEEESpectrum

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami