Vivo V21e 5G Mungkin Hadir Dengan Cip MediaTek Dimensity 700

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdahulu, Vivo V21e telah dilancarkan di Malaysia dengan tanda harga RM1,299 untuk seunit. Peranti pintar ini dilengkapi cip Snapdragon 720G dan memfokuskan kepada keupayaan kamera lebih baik – menerusi sokongan OIS pada kedua-dua belah kamera.

Vivo V21e Malaysia

Dalam perkembangan terkini, Vivo dalam perancangan untuk hadir dengan model Vivo V21e dengan sokongan rangkaian 5G terbina pula. Kewujudannya juga telah mula diacah oleh pihak Vivo India menerusi hantaran terkini di Twitter. Bukan itu sahaja, mereka turut mula berkongsi serba sedikit mengenai penawaran pada peranti menerusi laman web rasmi.

Jelas kelihatan, ia mempunyai rekaan fizikal yang berbeza dengan versi 4G tetapi mirip seperti Vivo Y53s yang dilancarkan di China. Peranti ini akan hadir dengan binaan tubuh yang nipis bersama keupayaan kamera hadapan 32-Megapixel. Seterusnya, ia juga akan dibekalkan memori memori 8GB RAM + 3GB RAM tambahan dan bateri dengan sokongan pengecasan pantas 44W FlashCharge. Buat masa ini hanya itu yang dikongsi oleh pihak Vivo.

Lain-lain spesifikasi belum diketahui, namun ia dipercayai akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 700, skrin AMOLED, kamera utama 64-Megapixel dan bateri 4000mAh. Vivo juga dilaporkan secara tidak sengaja telah mendedahkan tarikh pelancaran rasmi untuk Vivo V21e 5G yang dijadualkan berlangsung pada 24 Jun 2021.

Sumber : Vivo India

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami