Carian
LG
LG Mempatenkan TV Skrin Boleh-Gulung Yang Mengembang Ke Sisi
June 22, 2021 Effi Saharudin

LG ialah satu-satunya syarikat yang menawarkan televisyen pintar dengan skrin boleh-gulung. Televisyen , LG Signature OLED R telah dipasarkan di Korea Selatan dengan harga jualan KRW 100 juta yang bersamaan dengan RM 366,00 sebuah. Skrin bergulung ke bawah membolehkan ia disimpan rata apabila tidak digunakan.

Selepas rekaan ini, LG mungkin akan menawarkan televisyen skrin boleh-gulung dengan ia mengembang ke sisi pula. Paten rekaan televisyen yang unik ini telah difailkan oleh LG dan ditemui oleh laman LetsGoDigital. Apabila dalam posisi tidak digunakan televisyen kelihatan seperti tiang. Ia kemudiannya mengembang dar kedua-dua sisi untuk mendedahkan skrin yang digulung.

Berbeza dengan rekaan telefon skrin boleh lipat LG Rollable yang telah dibatalkan. Skrin akan bergulung dari kedua-dua sisi dan bukannya hanya dari sisi kanan. Dengan rekaan ini, sebuah skrin gergasi tidak memerlukan ruang yang besar apabila tidak digunakan.

Sumber LetsGoDigital

Komen