Samsung Galaxy Chromebook Go Hadir Dengan CPU Intel Celeron Dan ChromeOS

Diterbitkan pada Jun 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam diam-diam, Samsung telah menerbitkan butiran mengenai spesifikasi utama untuk Galaxy Chromebook Go. Ia merupakan sebuah komputer riba yang menjalankan ChromeOS dan janaan cip Intel Celeron. Ia juga menjadi model terkini sekaligus menyertai Samsung Galaxy Chromebook dan Samsung Galaxy Chromebook 2 yang dilancarkan sebelum ini.

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy Chromebook Go dilengkapi skrin bersaiz 14-inci TFT LCD dengan resolusi HD (1366 x 768). Ia kemudiannya dijana cip Intel Celeron N4500, memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan sehingga 128GB (eMMC). Bukan itu sahaja, Samsung Galaxy Chromebook Go juga dilengkapi pad sesentuh yang besar bagi memudahkan memudahkan pergerakan jari, dibina dengan dua pembesar suara 1.5W dan kamera web yang mempunyai resolusi 720p seperti model sebelumya.

Dari segi pilihan I/O pula, komputer riba ini dilengkapi dua port USB Type-C, satu port USB 3.2 satu pembaca kad microSD bersama-sama dengan port audio 3.5mm. Spesifikasi lain termasuklah – bateri berkapasiti 42.3Wh yang menyokong pengecasan pantas 45W, sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1 dan lain-lain.

Buat masa ini harga jualan untuk Samsung Galaxy Chromebook Go masih belum diketahui. Pihak Samsung juga belum berkongsi sebarang pengumuman atau butiran mengenai ketersediaan. Namun dengan adanya perkongsian ini, kita boleh menyasarkan ia berkemungkinan muncul tidak lagi.

Sumber : Samsung Mobile

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami