Vivo Mendaftar Tanda Dagang Untuk Vivo Pad – Tablet Pertama Vivo Yang Mungkin Dilancarkan Seawal Tahun Ini

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lepas, Vivo telah mendaftar tanda dagang untuk “VIVO BOOK”, “IQOO BOOK”, “NEX BOOK”, “IQOO PAD” dan juga “NEX PAD”. Ia adalah persediaan daripada mereka untuk hadir dengan tablet dan juga komputer riba tersendiri. Sehingga hari ini, syarikat daripada BBK Electronics masih tiada tablet lagi. Hanya Realme sahaja yang sudah megacah kehadiran klon iPad mereka baru-baru ini.

Tablet daripada Vivo dilaporkan sebelum ini akan hadir tahun ini, tetapi masih tiada lagi sebarang informasi rasmi yang dikongsi. Terkini, Vivo telah mendaftar tanda dagang untuk Vivo Pad pula di Eropah. Ia memberi petanda yang tablet pertama Vivo tidak terhad di China dan turut akan dipasarkan secara global. Jika benar tablet ini akan dilancarkan, kita akan lihat bagaimana Vivo hadir dengan perisian Funtouch OS mereka untuk tablet. Atau mungkin, Vivo boleh bawakan Origin OS mereka yang terhad di China kepada global melalui tablet ini.

Imej pengolokan awal yang tertiris sebelum ini memperlihatkan rekaan skrin penuh seakan iPad Pro tetapi dengan bucu bulat tanpa sebarang takuk. Tiada kamera swafoto kelihatan, tetapi di belakang ada tetapan dwi-kamera dengan rekaan mirip modul kamera peranti Vivo sekarang. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami