Cari @ Amanz

Siri Vivo X60 telah dilancarkan di China sebelum ini dengan beberapa model berbeza. Ianya terdiri dengan Vivo X60 dan Vivo X60 Pro yang hadir cip Exynos 1080. Sementara itu, Vivo X60 Pro+ pula dijana oleh cip Snapdragon 888 dan Vivo X60t dilengkapi cip MediaTek Dimensity 1100.

Tetapi tidak lama kemudian, jenama berkenaan Vivo dilihat memperkenalkan Vivo X60 dan X60 Pro versi global yang menggunakan cip Snapdragon 870. Kedua-duanya juga telah ditawarkan di Malaysia dengan tanda harga RM2,699.

Dalam diam-diam, kini terdapat sebuah lagi model di bawah siri yang sama telah diperkenalkan di China. Dikenali sebagai Vivo X60t Pro+, ia hanyalah sebuah Vivo X60 Pro+ dengan perubahan yang kecil sahaja. Untuk spesifikasi khusus, ianya dilengkapi paparan bersaiz 6.56-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan menyokong pensijilan HDR 10+.

Seterusnya, telefon pintar ini juga menggunakan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM (LPDDR5), storan dalaman sehingga 256GB (UFS 3.1) dan bateri 4,200mAh yang menyokong pengecasan 55W. Sistem kuad-kamera utama digunakan di sini dengan sensor utama 50-Megapixel (f/1.57).

Kemudian, diikuti pula dengan 48-Megapixel (Sony IMX598) untuk ultra-lebar, 8-Megapixel untuk periskop dan 12-Megapixel untuk potret. Inilah perubahan kecil yang dibuat oleh Vivo berbanding versi asal yang menggunakan sensor 32-Megapixel untuk tujuan potret.

Seterusnya, kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel. Lain-lain spesifikasi adalah sokongan pengimbas cap jari pada skrin, sokongan pembantu Jovi, Bluetooth 5.2, port sambungan USB-C dan banyak lagi. Di China, Vivo X60T Pro+ dijual pada harga bermula RMB 4,999 (~RM3,210).

Sumber : Vivo China

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd