Astro Memulakan Ujian Kotak Penstriman Tanpa Satelit

Diterbitkan pada Jun 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu lalu Astro dilaporkan akan memulakan penawaran set kotak TV yang tidak memerlukan sambungan parabola satelit yang selama ini digunakan mereka. Minggu lalu Astro telah memulakan program ujian kepada 300 pengguna yang ingin menjadi yang terawal menggunakan perkhidmatan nirsatelit ini.

Menerusi program ini, pengguna akan menerima kotak penstriman Astro Ultra Plug & Play Box baharu tanpa sebarang pemasangan yang rumit. Sementara menanti kotak TV tiba ke tempat kediaman, pelanggan akan diberikan akses kepada Astro Go. Tambah Astro lagi Ultra Plug & Play Box ini amat sesuai untuk penduduk yang tinggal bangunan bertingkat seperti kondominium dan hanya memerlukan mereka mempunyai capai Internet sekurang-kurangnya 30 Mbps untuk berfungsi.

Menerusi kotak ini, Astro akan cuba menjadi penawar perkhidmatan penstriman lain secara setempat. Mereka telahpun menawarkan kandungan HBO, iQiyi, Disney+ Hotstar dan kelak Netflix menerusi kotak yang sama. Sekiranya anda ingin mencuba, sila klik pautan di bawah.

Sumber Astro Facebook

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami