Carian
Vivo Memfailkan Tanda Dagang Untuk NEX Fold, NEX Roll dan NEX Slide
June 28, 2021 Effi Saharudin

Vivo adalah sub-jenama Oppo yang kini bergerak secara kendiri sehingga mampu menjadi penaja acara sukan Euro 2020. Dengan statusnya sebagai antara lima jenama telefon pintar dengan pasaran terbesar di China, Vivo juga tidak akan ketinggalan melancarkan peranti skrin boleh-lipat mereka tahun ini. Misteri mengenai yang bakal digunakan mungkin telahpun terungkai selepas mereka memfailkan tanda dagang untuk tiga nama.

NEX Fold, NEX Roll dan NEX Slide telahpun difailkan oleh Vivo baru-baru ini. Dari nama yang digunakan jelas ia akan digunakan pada peranti skrin boleh-lipat dan juga skrin boleh gulung. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana Oppo X 2021 telah diperlihatkan sebelum ini dengan skrin boleh gulung. Walaupun bergerak secara kendiri, Vivo masih di bawah payung BBK Electronics yang turut memiliki Oppo.

Terdapat permintaan untuk peranti skrin boleh-lipat cuma harga jualannya masih lagi di luar kemampuan orang ramai. Xiaomi yang selama ini menawarkan telefon pintar pada harga mampu milik masih menjual Mi MIX Fold pada harga mencecah RM6000 yang jelas tidaklah murah. Peranti boleh-gulung pastinya lebih mahal kerana penggunaan teknologi serta mekanisme yang lebih rumah.

Sumber MyFixGuide

Komen