Carian
Google Menguji Widget Chrome Baharu Dengan Rekaan Mirip Widget Pada iOS 14
June 30, 2021 Fahim Zahar

Bukanlah satu perkara aneh apabila Google yang memiliki sistem operasi Android, lebih pentingkan iOS daripada sistem mereka sendiri. Ini kerana, kebanyakan aplikasi daripada Google adalah lebih baik dan lancar digunakan pada iPhone atau iPad.

Sejak iOS 14 diperkenalkan, Google mula menawarkan sokongan widget untuk iPhone dan iPad. Widget yang ditawarkan adalah lebih baik dan hebat berbanding widget pada peranti Android. Terkini menurut Chrome Story, Google akan menawarkan widget pelayar web Chrome baharu untuk Android yang mirip dengan widget pada iOS 14.

chrome://flags/#enable-quick-action-search-widget-android

Buat masa ini, ia masih lagi dalam ujian melalui Chrome versi Canary 93. Ia tersembunyi dalam chrome://flags. Selepas ia diaktifkan, mulakan semula pelayar web ini dan cari widget baharu yang akan terpapar dalam pelancar peranti bahagian pemilihan widget.

Komen