Cari @ Amanz

Platform Windows Mobile sudah dua tahun berkubur dengan peranti terakhir dilancarkan lima tahun lalu. Walaupun berbilion dibelanjakan oleh Microsoft untuk membangunkan sistem operasi khusus untuk telefon pintar, mereka akhirnya mengibarkan bendera dengan kini berpindah ke Android sepenuhnya. Tetapi kami menyedari masih terdapat pengguna di luar sana yang masih inginkan sistem operasi mudah alih dari Microsoft.

Jika anda masih mempunyai peranti Lumia, berita baik ialah anda boleh memasang Windows 11 pada sebuah Lumia 950 XL. Video peranti ini menggunakan Windows 11 telah dimuat naik oleh Gustave Monce ke laman YouTube beliau. Pengalaman penggunaan tidaklah begitu lancar tetapi video berjaya mengesahkan Microsoft tidak berbohong apabila mengatakan Windows 11 disokong pada peranti ARM.

Sumber @gus33000

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd