Petronas Tidak Memohon Untuk Lesen Bank Digital

Diterbitkan pada July 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Petronas kini telah menidakkan spekulasi pasaran dan laporan sebelum ini mengatakan Petronas turut akan melakukan permohonan untuk lesen bank digital.

Menurut Petronas, mengikut perancangan transformasi digital mereka, ia tidak mempunyai perancangan penyertaan dalam arena perbankan digital.

Petronas sedia mempunyai pegangan majoriti pada aplikasi Setel – yang beroperasi dalam memudahkan orang ramai membuat pembayaran secara nirtunai di stesen minyak Petronas. Namun, ia dilihat Petronas tidak berminat dalam arena perbankan digital.

Sebelum ini, melalui Bloomberg, ia dilaporkan yang mana Petronas sedang mempertimbangkan untuk melakukan bidaan untuk mendapatkan lesen bank digital.

Bank Negara Malaysia telah pun menutup permohonan untuk lesen bank digital pada 30 Jun 2021 lepas, dan sekitar 29 permohonan telah diterima. Sebanyak sehingga 5 lesen bank digital bakal dikeluarkan BNM pada awal 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami