Fitbit adalah syarikat yang menghasilkan produk kecergasan pintar seperti penjejak kesihatan, jam tangan pintar, penimbang pintar dan lain-lain lagi. Fitbit juga dimiliki oleh Google dan bukanlah satu jenama biasa, kerana harga jualan produk Fitbit berada dalam kategori premium.
Lihat sahaja Fitbit Luxe, yang fokus kepada bangsawan dan kecergasan Mindfullness sahaja. Terkini, Fitbit dilihat telah mempatenkan cincin pintar pula yang turut memfokuskan kecergasan. Cincin ini dikatakan mempunyai sensor yang diiktiraf untuk penggunaan perubatan untuk membaca kadar oksigen dalam darah ataupun tekanan darah.
Cincin ini akan dikawal melalui aplikasi dan sambungan adalah secara NFC untuk kemaskini perisian atau juga tambatan kepada jam tangan. Mungkin cincin ini adalah pelengkap ekosistem Fitbit akan datang? Ciri dan fungsi lain tidak jelas lagi, serta sama ada produk ini akan menjadi komersial atau tidak masih tidak pasti.
Penggunaan cincin dalam dunia kecergasan pintar bukan sesuatu yang baru. Hanya tahun lepas Amazon hadir dengan Echo Loop, tetapi produk itu kini sudah dimatikan. Cincin yang berteknologi seperti ini menggunakan rekan tebal, tidak efisien dan berbanding jam, lebih baik jam. Apa-apa pun, paten hanyalah paten untuk simpan idea yang ada. Sama-sama kita nantikan.