Poco F3 GT Dijangka Diperkenalkan Pada Awal Ogos 2021

Diterbitkan pada July 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kewujudan Poco F3 GT telah diacah sendiri oleh pihak Poco menerusi satu video pendek yang dimuat-naik di akaun Twitter rasmi sebelum ini. Poco bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai peranti pintar tersebut. Sebaliknya, mereka sekadar memaklumkan bahawa ia akan dilengkapi cip MediaTek Dimensity 1200.

Memetik laporan terkini 91 Mobiles, Poco F3 GT dijangka diumumkan pada awal bulan Ogos kelak. Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai tarikh khusus yang dikongsi oleh pihak sumber. Pada masa sama, mereka turut menjangkakan lebih banyak maklumat berkaitan peranti pintar ini yang akan dikongsi oleh pihak Poco dalam masa terdekat.

Redmi K40 Game Enhanced Edition

Menurut spekulasi awal, Poco F3 GT besar kemungkinan hanyalah Redmi K40 Game Enhanced Edition yang dijenamakan semula untuk pasaran India. Namun, tidak jelas sama ada Poco F3 GT akan menampilkan reka bentuk yang sama seperti peranti tersebut yang dilengkapi pencahayaan RGB dan butang bahu atau sebaliknya.

Sumber : 91Mobiles

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami