Cari @ Amanz

Vivo V21 telah diperkenalkan di Malaysia sekitar bulan April dengan tanda harga RM1,599. Tidak lama kemudian, ia ditawarkan dalam versi 5G pula yang dijual pada RM1,899. Secara dasarnya, tiada perubahan besar yang dibuat oleh Vivo pada kedua-dua peranti baik dari aspek luaran mahupun dalaman. Apa yang membezakannya hanyalah Vivo V21 5G dilengkapi rangkaian 5G secara terbina.

Pada awalnya, Vivo V21 hanya ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Dusk Blue dan Sunset Dazzle. Namun kini, ia akan menerima satu lagi kemasan warna baru iaitu Arctic White yang bakal ditawarkan pada 10 Julai ini. Hasil semakan kami menerusi laman web rasmi Vivo mendapati kemasan warna ini bagaimanapun terhad untuk model V21 dengan variasi standard. Buat masa ini, harga jualannya masih belum diumumkan lagi. Tetapi, kami akan berkongsi lebih lanjut mengenainya selepas ditawarkan secara rasmi kelak.

Sumber : Vivo Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd