Telekom Malaysia sedia mempunyai penawaran kandungan video mereka tersendiri melalui Unifi TV. Menariknya, terbaru TM turut mengatakan mereka sedang melihat kepada kerjasama dengan platform OTT (penstriman video).
Dengan langkah ini, pengguna Unifi TV boleh menikmati kandungan daripada platform OTT ini terus di kaca TV masing-masing. Buat masa ini, TM tidak mengumumkan siapakah atau apakah platform yang bakal bekerjasama dengan mereka untuk Unifi TV.

Untuk makluman, pada 2018 yang lepas, TM pernah mengatakan yang mana mereka dalam proses mengintegrasikan Netflix ke Unifi TV. Namun, sehingga hari ini, tiada sebarang pengumuman lanjut berkaitan dengannya.
Pesaing terdekat dalam arena ini, Astro sedia mengumumkan kerjasama dengan Netflix baru-baru ini, selain turut hadir dengan Sooka, serta dilihat akan memperluaskan kerjasama dengan sejumlah penyedia lain tidak lama lagi.
Telekom Malaysia mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkaitan dengan ini apabila mereka telah bersedia sepenuhnya.