Pada hari ini, pelbagai syarikat pengeluar peranti bekerjasama dengan pengeluar kamera terkemuka. Sebagai contoh, Sony dengan Zeiss, OnePlus dengan Hasselblad, dan Huawei dengan Leica. Desas-desus baru-baru ini mengatakan Realme akan bekerjasama dengan Kodak.
Tidak ketinggalan juga adalah desas-desus berkaitan kerjasama pihak Samsung dengan pengeluar kamera dari Jepun, iaitu Olympus.

Untuk makluman, ini bukan kali pertama kita mendengarnya. Beberapa bulan lepas, desas-desus sama kedengaran.
Terbaru, melalui laporan dari Korea Selatan, ia diperkatakan Samsung akan memperkenalkan Galaxy S22 dengan kamera 200-megapixel, dan kamera berkenaan dijangka akan dilengkapi dengan penjenamaan Olympus.
Laporan sama mengatakan Samsung akan memperkenalkan Galaxy S22 pada Januari 2022 – latar masa yang lebih kurang sama dengan pengenalan Galaxy S21 pada tahun ini.
Jadi, adakah kita akan melihat pengenalan telefon pintar Samsung dengan keupayaan kamera lebih berkuasa melalui Galaxy S22 kelak?