WhatsApp Call Untuk iPhone Bakal Hadir Dengan Antaramuka Dan Ciri Baharu

Diterbitkan pada July 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp sejak kebelakangan ini menguji pelbagai ciri dan fungsi baharu yang menarik. Antaranya adalah selepas gambar dihantar, sekali dilihat ia akan menghilang. Kemudian kelihatan sedang dalam pembangunan adalah kemampuan memuat-naik video berkualiti tinggi dan juga menghantar gambar berkualiti tinggi seakan Telegram.

Beberapa perkara baharu ini dilihat hadir dan kod pembangunan WhatsApp versi beta untuk Android. Terkini, WhatsApp versi beta untuk iOS dilihat sedang menguji antaramuka baharu untuk panggilan suara. Ia kini lebih mirip seakan FaceTime dan pengguna boleh menjemput pengguna WhatsApp lain walaupun sedang dalam sesi panggilan suara dengan hanya tekan butang Ring.

Kemudian jika pengguna mengendahkan jemputan panggilan suara berkumpulan, dan kemudian kembali membuka WhatsApp – jika sesi panggilan masih berlangsung WhatsAp akan menjemput pengguna sama ada ingin sertai panggilan suara berkumpulan tadi atau tidak. Akan ada butang “Tap to join” dalam tab panggilan dan juga butang “Join call” dalam perbualan berkumpulan. Peserta lain tidak lagi perlu menjemput, yang mana memudahkan lagi pengguna.

Ciri ini dikatakan diuji untuk WhatsApp iOS terlebih dahulu. Ia akan tiba untuk Android di masa-masa akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami