Semalam sensor ISOCELL Auto 4AC diumumkan oleh Samsung sebagai yang pertam dihasilkan oleh mereka khusus untuk kegunaan industri automotif. Kini menerut laporan Korea Economic Daily, pelanggan terawal yang memesan sensor ini sebuah syarikat pengeluar kenderaan elektrik terbesar Amerika Syarikat. Teka-teki mudah terjawab dan syarikat tersebut pastinya adalah Tesla dan kenderaan yang menggunakannya pula ialah Cybertruck.

Tesla dikatakan menandatangani kontrak bernilai $435.7 juta (~RM 1.83 bilion) dengan Samsung Electro-Mechanics untuk membeli ISOC Auto 4AC. Sensor ini mempunyai pandangan ultra sudut lebar, sistem anti berkelip dan HDR terbina yang membantu sistem swapandu yang akan digunakan pada Cybertruck. Cybertruck memerlukan lapan kamera untuk sistem swapandunya.
Walaupun diumumkan lebih dua tahun lalu, Tesla Cybertruck dijangka akan hanya dilancarkan pada penghujung 2021 bergantung kepada situasi. Seperti yang diketahui umum, masalah kekurangan cip global menyebabkan pengeluaran bukan sahaja telefon pintar dan komputer riba terjejas tetapi juak automotif yang kini semakin dilengkapi sistem pemanduan pintar.