Formula 1 Mungkin Menggunakan Bahan Api Hidrogen Di Masa Hadapan

Diterbitkan pada July 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Formula 1 mungkin adalah antara sukan yang paling tidak mesra alam di dunia. Kenderaan berkuasa bahan api fosil diterbangkan ke seluruh dunia menaiki kapal terbang dan menghasilkan bunyi yang bingit. Ramai meramalkan dengan semakin banyak pengeluar kenderaan akan menghentikan pengeluaran kereta bahan api fosil dalam masa dua dekad, acara permotoran ini turut akan terkubur.

Formula E

Ross Brawn, pengarah urusan Formula 1 dipetik BBC berkata sukan permotoran berprestasi paling tinggi ini mungkin akan berubah kepada bahan api hidrogen dalam masa terdekat. Bahan api hidrogen adalah lebih lestari dan sudahpun dilihat sebagai bahan api generasi seterusnya oleh syarikat besar seperti PETRONAS. Brown turut menolak cadangan bahawa Formula akan berpindah sepenuhnya kepada kenderaan elektrik kerana kenderaan akan masih mengeluar bunyi bising yang sinonim dengan acara sukan ini.

Perlumbaan kenderaan elektrik Formula E telahpun dianjurkan oleh FIA sejak 2014 dengan Putrajaya menjadi antara lokasi perlumbaan pada musim pertama. Sambutan masih lagi lebih rendah berbanding Formula 1 kerana kenderaan yang lebih perlahan dan jarak perlumbaan pendek kerana teknologi bateri yang belum cukup matang. Perubahan ke bahan api hidrogen mungkin perlu kerana pada tahun 2019 Formula 1 mengumumkan sasaran untuk sifar impak kepada alam sekitar menjelang 2030.

Sumber BBC

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami