Samsung Galaxy Watch4 Akan Menggunakan Cip Exynos W920 – Cip Baharu Pertama Dalam Masa Tiga Tahun

Diterbitkan pada July 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Watch4 akan dilancarkan bulan depan bersama dengan dua peranti skrin boleh lipat Flip3 dan Z Fold3 serta fon telinga Galaxy Buds2. Tiada misteri mengenai rekaan jam tangan pintar Watch OS dengan antaramuka One UI Watch kerana ia telah tertiris awal. Pagi ini sebuah lagi maklumat baharu mengenainya tertiris dan ia adalah penambahbaikan yang telah lama dinantikan.

Menurut Sammobile, Watch4 akan menggunakan cip Exynos W920 yang merupakan cip peranti boleh-pakai baharu yang pertama dilancarkan sejak tiga tahun yang lalu. Mungkin ramai tidak menyedari sejak 2018, kesemua jam tangan pintar yang dilancarkan Samsung menggunakan cip Exynos 9110 yang sama.

Cip Exynos W920 menjanjikan peningkatan 1.25X pada prestasi dan prestasi grafik yang 8.8X lebih lancar berbanding Exynos 9110. Perubahan ke cip yang lebih berkuasa adalah perlu kerana cip yang sudah agak usang dan perubahan kepada Wear OS yang adalah lebih berat berbanding Tizen OS.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami